Tak kira jika anda aktif secara seksual atau tidak, dalam perhubungan monogami, atau mengamalkan perhubungan seksual secara selamat, anda berisiko untuk kanser serviks.2
Kanser serviks ialah sejenis kanser yang tumbuh di bahagian serviks.2 Hampir semua kanser serviks berpunca daripada jangkitan human papillomavirus (HPV) – sejenis virus yang kerap tersebar melalui aktiviti seksual.1 HPV boleh merebak melalui sebarang perhubungan intim dan tiada simptom. Hanya satu pasangan boleh menjangkiti anda, walaupun anda tidak aktif secara seksual, rakan anda mungkin telah menjangkitinya kepada anda.2
Ada lebih 150 jenis HPV, dan ada yang membawa risiko lebih besar dari yang lain.3 Ada 14 jenis HPV berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kanser serviks dan jenis kanser lain pada lelaki dan wanita.4 Antaranya, jenis HPV 16, 18, 52 dan 58 adalah penyebab untuk 75% kes kanser serviks.5-7
Walaubagaimanapun, kanser serviks boleh dicegah.4 Ketahui lebih lanjut tentang pencegahan HPV, termasuk pilihan serta cara untuk mendapatkan perlindungan optimum bagi mencegah risiko anda.
Kanser serviks merupakan kanser yang keempat terbanyak dalam kalangan wanita di Malaysia, dan merupakan kanser kedua paling kerap dideritai wanita dalam lingkungan usia 15 ke 44 tahun.8 Setiap tahun, lebih kurang 1,740 wanita disahkan menghidapi kanser serviks dan 991 meninggal dunia.8
HPV boleh menjejaskan lelaki dan perempuan. Melindungi anak anda sebelum mereka terdedah kepada HPV melalui sebarang aktiviti seksual boleh membantu melindungi mereka daripada kanser berkait HPV seperti kanser serviks, kanser faraj dan kanser dubur.2
Lelaki mahupun perempuan boleh diberi vaksin HPV.2 Kanak-kanak yang divaksinasi sebelum menjadi aktif secara seksual mungkin dilindungi daripada jenis HPV yang berisiko tinggi.2 Ia juga boleh membantu menghalang mereka daripada menyebarkan virus ini kepada orang lain.2
Pemandiri kanser serviks berkongsi cerita tentang kepentingan perlindungan daripada HPV.
Ambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit yang berpunca daripada HPV.