Lebih dari 95% kanser serviks adalah disebabkan oleh HPV.18

Bincang dengan doktor anda tentang cara pencegahan HPV dan saringan serviks dengan segera!

Lebih dari 95% kanser serviks adalah disebabkan oleh HPV.18

Bincang dengan doktor anda tentang cara pencegahan HPV dan saringan serviks dengan segera!

Gambar untuk tujuan representasi sahaja

ADAKAH SAYA BERISIKO UNTUK MENDAPAT HPV DAN KANSER SERVIKS?

Tak kira jika anda aktif secara seksual atau tidak, dalam perhubungan monogami, atau mengamalkan perhubungan seksual secara selamat, anda berisiko untuk kanser serviks.19

Kanser serviks ialah sejenis kanser yang tumbuh di bahagian serviks.19 Hampir semua kanser serviks berpunca daripada jangkitan human papillomavirus (HPV) – sejenis virus yang kerap tersebar melalui aktiviti seksual.18 HPV boleh merebak melalui sebarang perhubungan intim dan tiada simptom. Hanya satu pasangan boleh menjangkiti anda, walaupun anda tidak aktif secara seksual, rakan anda mungkin telah menjangkitinya kepada anda.19

Ada lebih 150 jenis HPV, dan ada yang membawa risiko lebih besar dari yang lain.3 Ada 14 jenis HPV berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kanser serviks dan jenis kanser lain pada lelaki dan wanita.6 Antaranya, jenis HPV 16, 18, 52 dan 58 adalah penyebab untuk 75% kes kanser serviks.2,20,21

Walaubagaimanapun, kanser serviks boleh dicegah.22 Ketahui lebih lanjut tentang pencegahan HPV, termasuk pilihan serta cara untuk mendapatkan perlindungan optimum bagi mencegah risiko anda.

Hanan

Ada soalan tentang kanser serviks?

Dapatkan jawapan dan bimbingan daripada pakar kesihatan bertauliah

Kenali Kanser Serviks

Kanser serviks merupakan kanser yang keempat terbanyak dalam kalangan wanita di Malaysia, dan merupakan kanser kedua paling kerap dideritai wanita dalam lingkungan usia 15 ke 44 tahun.5  Setiap tahun, lebih kurang 1,740 wanita disahkan menghidapi kanser serviks dan 991 meninggal dunia.5

Kisah Pesakit

Pemandiri kanser serviks berkongsi cerita tentang kepentingan perlindungan daripada HPV

Perjuangan Genevieve untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks dan HPV
Perjuangan Genevieve untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks dan HPV
Perjuangan Teri menentang kanser serviks dan HPV
Perjuangan Teri menentang kanser serviks dan HPV

Langkah Pencegahan Kanser Serviks

Ambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit yang berpunca daripada HPV:

Vaksin HPV boleh melindungi daripada jenis HPV yang biasa mengakibatkan kanser serviks.<sup>3</sup> Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun hingga dewasa berusia 45 tahun, dan ia paling berkesan apabila diambil sebelum pertama kali melakukan hubungan intim.<sup>3,19</sup>

Dapatkan vaksin HPV

Vaksin HPV boleh melindungi daripada jenis HPV yang biasa mengakibatkan kanser serviks.3 Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun hingga dewasa berusia 45 tahun, dan ia paling berkesan apabila diambil sebelum pertama kali melakukan hubungan intim.3,19
Saringan awal untuk kanser serviks dan pemeriksaan susulan boleh mengesan kebanyakan kanser serviks dalam peringkat awal, sebelum keadaan menjadi parah.​<sup>6</sup>​
<br><br>
<i>Pap smear</i> boleh mengenalpasti perubahan sel serviks yang tidak normal, sebelum ianya berubah menjadi kanser, manakala ujian HPV pula boleh mengesan kehadiran virus HPV yang boleh menakibatkan perubahan sel serviks. Kedua-dua ujian saringan ini boleh dilakukan bersama atau secara bersendirian.​<sup>6</sup>​

Lakukan pemeriksaan berkala

Saringan awal untuk kanser serviks dan pemeriksaan susulan boleh mengesan kebanyakan kanser serviks dalam peringkat awal, sebelum keadaan menjadi parah.​6

Pap smear boleh mengenalpasti perubahan sel serviks yang tidak normal, sebelum ianya berubah menjadi kanser, manakala ujian HPV pula boleh mengesan kehadiran virus HPV yang boleh menakibatkan perubahan sel serviks. Kedua-dua ujian saringan ini boleh dilakukan bersama atau secara bersendirian.​6

Bincang dengan doktor anda hari ini

Cegah risiko HPV dan kanser serviks sekarang.

Hak Cipta © 2024 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Semua hak terpelihara. MY-HPV-00041 Sep/2023
Laman Web ini adalah untuk penduduk Malaysia. Lawati laman Web Singapura.
facebookinstagramyoutube