
Anda dan doktor anda boleh bantu melindungi diri anda daripada kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.
Malang tidak berbau. Perkasakan diri anda dengan sentiasa bermaklumat serta mengambil langkah yang proaktif untuk melindungi diri anda.1
KAEDAH PENCEGAHAN KANSER
Ada beberapa cara untuk anda bantu melindungi diri anda hari ini:

Dapatkan maklumat tentang vaksinasi1
Salah satu cara untuk bantu melindungi diri anda daripada kanser berkaitan HPV tertentu, termasuk kanser serviks, adalah menerusi vaksinasi. Bincangkan dengan doktor anda sama ada pilihan ini sesuai untuk anda atau tidak.

Pemeriksaan serviks1
Pemeriksaan serviks dan/atau ujian HPV boleh membantu pengesanan kanser serviks pada peringkat awal yang masih boleh dirawat.

Faktor risiko berkaitan gaya hidup1
Faktor ini boleh mempengaruhi risiko anda terhadap jangkitan HPV dan kanser berkaitan HPV tertentu. HPV kelamin boleh dicegah dengan menjauhi aktiviti seks atau perhubungan monogami seumur hidup.
Bertindak sekarang, bantu lindungi diri anda.
TEROKAI PILIHAN PERLINDUNGAN1
Ambil langkah seterusnya.
Mulakan perjalanan vaksin HPV anda.1

Cari klinik di sini:
SOALAN LAZIM
Dapatkan jawapan bagi persoalan anda tentang HPV.
HPV, yang juga digelar sebagai human papillomavirus, ialah virus yang menjangkiti kulit atau beraneka membran mukus. Ada pelbagai jenis HPV dan sesetengahnya boleh menyebabkan jenis kanser dan ketuat kelamin yang tertentu.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4
HPV ialah penyakit kelamin yang paling umum di dunia dan hampir 80% orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1
Lelaki dan wanita yang aktif secara seksual boleh dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4
Sesiapa yang dijangkiti HPV boleh menyebarkan virus menerusi sentuhan kulit secara langsung—biasanya melalui aktiviti seks.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4
Terdapat kaedah untuk bantu mengurangkan risiko kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu. Kaedah ini termasuk:1,5
- Menjauhi aktiviti seks
- Perubahan faktor risiko berkaitan gaya hidup
- Menggunakan kondom
- Menjalani pemeriksaan kanser serviks
- Mendapatkan vaksinasi HPV
Orang yang digambarkan bukan pesakit sebenar.
Untuk tujuan demonstrasi sahaja.
- World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
- Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
Soalan Lazim
- World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
- Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
- Sexually transmitted infections treatment guidelines, 2021 – human papillomavirus (HPV) infection. Centers for Disease Control and Prevention. Last reviewed July 22, 2021. https://www.cdc.gov/std/treatment-guidelines/hpv.htm. Accessed June 6, 2024.
- Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
- World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
Hak Cipta © 2025 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Hak cipta terpelihara. MY-HPV-00092 Mar/2025