Close Mobile Navigation

Jangkitan HPV yang berpanjangan boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu. Ketahui risiko Anda.1

Sama ada anda lelaki atau perempuan, aktif secara seksual atau tidak, berada dalam perhubungan monogami atau mengamalkan seks selamat, anda mungkin berisiko untuk mendapat kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1,2

Untuk wanita, HPV boleh menyebabkan:1

  • Kanser serviks
  • Kanser faraj
  • Kanser vulva
  • Kanser dubur
  • Ketuat kelamin

Untuk lelaki, HPV boleh menyebabkan:1

  • Kanser dubur
  • Ketuat kelamin

Kanser berkaitan HPV tertentu boleh menjejaskan anda atau orang tersayang anda.1

Kanser berkaitan HPV tahunan yang dilaporkan di Malaysia pada setiap tahun:4,a

Kanser serviks

~1,740

kes baharu

Kanser dubur

~91

kes baharu dalam kalangan wanita dan lelaki

Kanser faraj

~53

kes baharu

Kanser vulva

~50

kes baharu

aData setakat tahun 2020.

Anda boleh bertindak hari ini untuk membantu mencegah kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1,2

Bezakan fakta daripada mitos.

Ketahui kebenaran tentang HPV.

Mitos atau Fakta?

Sejauh manakah anda mengetahui tentang HPV?

Mitos atau Fakta?

HPV ialah virus yang jarang ditemukan.

Mitos.

HPV begitu biasa sehingga kebanyakan orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Anda akan tahu jika anda atau pasangan anda dijangkiti HPV.

Mitos.

Jangkitan HPV biasanya tidak mempunyai simptom, maka kedua-dua wanita dan lelaki boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu tanpa sedar.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Jangkitan HPV yang berpanjangan hanya boleh menyebabkan kanser serviks dan tidak menjejaskan lelaki secara serius.

Mitos.

Kebanyakan orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Untuk wanita, jangkitan HPV yang berpanjangan boleh menyebabkan kanser faraj, vulva, dubur dan ketuat kelamin. Untuk lelaki, HPV boleh mengakibatkan kanser dubur serta ketuat kelamin.5 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Jangkitan HPV boleh dirawat.

Mitos.

Pada masa ini, tiada rawatan untuk jangkitan HPV tetapi penyakit berkaitan HPV tertentu seperti ketuat kelamin dan kanser serviks boleh dirawat.6 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

HPV ialah jangkitan yang hanya menjejaskan wanita bujang.

Mitos.

Sama ada anda lelaki atau wanita, aktif secara seksual atau tidak, berada dalam perhubungan monogami atau anda fikir anda mengambil langkah berhati-hati, anda mungkin berisiko untuk mendapat jangkitan HPV.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Ada cara untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1

Fakta.1

Bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang: Vaksinasi HPV, pemeriksaan serviks secara berkala untuk wanita dan cara anda boleh mengawal faktor risiko berkaitan gaya hidup.
Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Orang yang digambarkan bukan pesakit sebenar.
Untuk tujuan demonstrasi sahaja.

  1. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  2. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1\. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  3. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  4. Bruni L, Albero G, Serrano B, et al. ICO/IARC Information Centre on HPV and Cancer (HPV Information Centre). Human Papillomavirus and Related Diseases Report Malaysia. Summary Report 10 March 2023. https://hpvcentre.net/statistics/reports/MYS.pdf Accessed 16 October 2023.

Mitos atau Fakta

  1. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  2. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html. Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  3. Centers for Disease Control and Prevention. Cancers caused by HPV.  https://www.cdc.gov/hpv/about/cancers-caused-by-hpv.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html. Updated July 3, 2024. Accessed June 26, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer.  https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
  5. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  6. World Health Organization: WHO. (2024, March 5). Human papillomavirus and cancer. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/human-papilloma-virus-and-cancer. Accessed 6 November 2024.

Hak Cipta © 2025 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Hak cipta terpelihara. MY-HPV-00092 Mar/2025