Close Mobile Navigation

HPV sebenarnya lebih biasa daripada yang disangka.1

Namun, perlindungan untuk diri anda daripada kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu sebenarnya mudah dicapai.1,2 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.3-5

Jangkitan HPV yang berpanjangan boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu.1

Human papillomavirus, atau HPV, ialah virus yang akan menjangkiti kebanyakan orang yang aktif secara seksual sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Virus ini juga penyakit kelamin (STI) yang paling umum di dunia.2

Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, jangkitan HPV yang berpanjangan untuk sesetengah orang boleh membawa akibat serius, seperti kanser dan penyakit berkaitan HPV.1,3

Bezakan fakta daripada mitos.

Ketahui kebenaran tentang HPV.

Mitos atau Fakta?

Sejauh manakah anda mengetahui tentang HPV?

Mitos atau Fakta?

HPV ialah virus yang jarang ditemukan.

Mitos.

HPV begitu biasa sehingga kebanyakan orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Anda akan tahu jika anda atau pasangan anda dijangkiti HPV.

Mitos.

Jangkitan HPV biasanya tidak mempunyai simptom, maka kedua-dua wanita dan lelaki boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu tanpa sedar.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Jangkitan HPV yang berpanjangan hanya boleh menyebabkan kanser serviks dan tidak menjejaskan lelaki secara serius.

Mitos.

Kebanyakan orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Untuk wanita, jangkitan HPV yang berpanjangan boleh menyebabkan kanser faraj, vulva, dubur dan ketuat kelamin. Untuk lelaki, HPV boleh mengakibatkan kanser dubur serta ketuat kelamin.5 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Jangkitan HPV boleh dirawat.

Mitos.

Pada masa ini, tiada rawatan untuk jangkitan HPV tetapi penyakit berkaitan HPV tertentu seperti ketuat kelamin dan kanser serviks boleh dirawat.6 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

HPV ialah jangkitan yang hanya menjejaskan wanita bujang.

Mitos.

Sama ada anda lelaki atau wanita, aktif secara seksual atau tidak, berada dalam perhubungan monogami atau anda fikir anda mengambil langkah berhati-hati, anda mungkin berisiko untuk mendapat jangkitan HPV.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Mitos atau Fakta?

Ada cara untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1

Fakta.1

Bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang: Vaksinasi HPV, pemeriksaan serviks secara berkala untuk wanita dan cara anda boleh mengawal faktor risiko berkaitan gaya hidup.
Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

ADAKAH SAYA BERISIKO?

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan HPV tertentu?

Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.1-3 HPV ialah penyakit kelamin yang paling umum di dunia. Malah, virus ini begitu umum sehingga kebanyakan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti virus ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Memandangkan HPV biasanya tidak mempunyai simptom, anda boleh dijangkiti tanpa sedar.1

Yang bagusnya? Tidak kira fasa kehidupan anda sekarang, terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit berkaitan HPV tertentu.4,5

PENCEGAHAN HPV

Masa yang berlalu pergi tidak akan kembali. Mulalah melindungi diri anda hari ini.1

Anda boleh membuat keputusan yang memperkasakan diri dengan bantu melindungi diri anda daripada kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1,2 Untuk bermula, berbual secara terbuka dengan pakar perubatan anda tentang pilihan yang sesuai untuk anda, termasuk HPV vaksinasi—dan mulakan perjalanan anda untuk mendapat perlindungan.1

KISAH HIDUP

Kisah Teri

Teri sentiasa bersikap proaktif terhadap kesihatannya. Dunianya dibolak-balikkan apabila doktornya menemukan ketumbuhan.

KISAH HIDUP

Kisah Genevieve

Genevieve Sambhi merupakan seorang ibu muda apabila dia menerima berita yang meruntun hati: dia menghidapi kanser serviks.

SOALAN LAZIM

Dapatkan jawapan bagi persoalan anda tentang HPV.

HPV, yang juga digelar sebagai human papillomavirus, ialah virus yang menjangkiti kulit atau beraneka membran mukus. Ada pelbagai jenis HPV dan sesetengahnya boleh menyebabkan jenis kanser dan ketuat kelamin yang tertentu.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

HPV ialah penyakit kelamin yang paling umum di dunia dan hampir 80% orang yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1

Lelaki dan wanita yang aktif secara seksual boleh dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Sesiapa yang dijangkiti HPV boleh menyebarkan virus menerusi sentuhan kulit secara langsung—biasanya melalui aktiviti seks.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Terdapat kaedah untuk bantu mengurangkan risiko kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu. Kaedah ini termasuk:1,5

  • Menjauhi aktiviti seks
  • Perubahan faktor risiko berkaitan gaya hidup
  • Menggunakan kondom
  • Menjalani pemeriksaan kanser serviks
  • Mendapatkan vaksinasi HPV

Orang yang digambarkan bukan pesakit sebenar.
Untuk tujuan demonstrasi sahaja.

  1. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  2. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  3. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. Sexually transmitted infections treatment guidelines, 2021 – human papillomavirus (HPV) infection. https://www.cdc.gov/std/treatment-guidelines/hpv.htm. Last reviewed July 22, 2021. Accessed June 6, 2024.

  5. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.

Mitos atau Fakta

  1. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  2. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html. Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  3. Centers for Disease Control and Prevention. Cancers caused by HPV. https://www.cdc.gov/hpv/about/cancers-caused-by-hpv.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html. Updated July 3, 2024. Accessed June 26, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val.  Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
  5. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  6. World Health Organization: WHO. (2024, March 5). Human papillomavirus and cancer. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/human-papilloma-virus-and-cancer. Accessed 6 November 2024.

Soalan Lazim

  1. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  2. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  3. Sexually transmitted infections treatment guidelines, 2021 – human papillomavirus (HPV) infection. Centers for Disease Control and Prevention. Last reviewed July 22, 2021. https://www.cdc.gov/std/treatment-guidelines/hpv.htm. Accessed June 6, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
  5. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672

Hak Cipta © 2025 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Hak cipta terpelihara. MY-HPV-00092 Mar/2025