Cari Klinik
Close Mobile Navigation

HPV ialah STI paling umum di dunia.1

Kebanyakan orang yang aktif secara seksual boleh dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.1 Untuk wanita, HPV boleh menyebabkan kanser serviks, faraj dan vulva. Untuk wanita dan lelaki, HPV boleh menyebabkan kanser dubur dan ketuat kelamin.2 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.3-5

Adakah anda berisiko untuk mendapat
kanser berkaitan HPV tertentu?2

HPV DAN WANITA

Sama ada anda aktif secara seksual atau tidak, berada dalam perhubungan monogami atau anda fikir anda mengambil langkah berhati-hati, anda mungkin berisiko untuk mendapat jangkitan HPV.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.4-6

Pada hari ini, anda boleh memilih untuk bantu melindungi diri anda.1

BANTU KURANGKAN RISIKO ANDA

Bincang dengan pakar penjagaan kesihatan anda tentang:1

  • Vaksinasi HPV
  • Pemeriksaan serviks
  • Faktor risiko berkaitan gaya hidup1

Tidak kira siapa anda atau fasa hidup anda sekarang, anda boleh bantu melindungi diri anda:1

Kanser serviks merupakan kanser kedua yang paling kerap dideritai wanita dalam lingkungan usia 15 ke 44 tahun di Malaysia.7

Setiap minit di seluruh dunia, seorang wanita didiagnosis dengan kanser serviks berkaitan HPV.8 Walau bagaimanapun, kanser dan penyakit berkaitan HPV boleh dicegah. Anda tidak perlu menjadi salah satu statistik.

HPV bukan virus yang hanya menjangkiti jenis orang yang tertentu. Semua orang dewasa yang aktif secara seksual berisiko untuk mendapat kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu sepanjang hayat mereka.1,3

Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.4-6

HPV boleh tersebar menerusi sentuhan kulit yang intim dan biasanya tidak mempunyai simptom.1

Anda mungkin dijangkiti HPV meskipun hanya berhubungan dengan seorang pasangan dan walaupun anda tidak aktif secara seksual sekarang, pasangan anda kelak mungkin menyebarkan virus kepada anda tanpa sedar.1

Semua orang berhak mendapat peluang untuk bantu melindungi diri mereka daripada penyakit berkaitan HPV tertentu.1,3 Jadilah pembela kesihatan anda sendiri.

Anda boleh membangkitkan topik HPV walaupun doktor anda tidak berkata apa-apa.Ada banyak perkara yang patut anda ketahui tentang kesihatan anda, maka jangan teragak-agak untuk bertanya.

Hampir 6 dalam 10 wanita yang berada dalam perhubungan komited mungkin berisiko dijangkiti HPV.†2

Jika anda seorang wanita, berada dalam perhubungan komited tidak melindungi anda daripada mendapat kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1,3 Jangkitan HPV biasanya tidak mempunyai simptom, jadi anda boleh menghidapi virus itu dan menjangkiti seseorang tanpa sedar.1

Penyakit atau kanser mungkin mengambil masa berminggu, bertahun, malah berdekad untuk berkembang dengan simptom yang boleh dikesan.9

Hubungan dan kesihatan anda berkait rapat. Bantu lindungi diri anda dan pasangan anda daripada kanser berkaitan HPV tertentu—bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda hari ini.1,3

Data daripada kebarangkalian dijangkiti HPV sebanyak 58.4% daripada pengalaman seksual pertama hingga usia 70 tahun dengan seorang pasangan, menggunakan data A.S. tahun 2006-2008 yang merangkumi orang berusia 40 hingga 44 tahun, sebelum vaksin HPV tersedia.

HPV DAN LELAKI

Anda mungkin fikir HPV hanya menjejaskan wanita, tetapi lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1

Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi lelaki, seperti kanser dubur dan ketuat kelamin.1-4

Sebagai lelaki, sama ada anda aktif secara seksual atau tidak, berada dalam perhubungan monogami atau fikir anda sedang mengambil langkah berhati-hati, anda mungkin berisiko untuk mendapat jangkitan HPV.5

Pada hari ini, anda boleh memilih untuk bantu melindungi diri anda.5

BANTU KURANGKAN RISIKO ANDA

Bincang dengan pakar penjagaan kesihatan anda tentang:

  • Vaksinasi HPV5 
  • Faktor risiko berkaitan gaya hidup5
  • Pilihan pemeriksaan:
    Tanya pakar penjagaan kesihatan anda tentang pilihan pemeriksaan yang tersedia. Sesetengah klinik mungkin menawarkan pemeriksaan dubur kepada lelaki yang berisiko lebih tinggi untuk menghidapi kanser dubur, yang mungkin berpunca daripada HPV.1,6,7

Bantu melindungi diri anda adalah penting tidak kira fasa hidup anda sekarang. Bagaimana anda mahu memperkenalkan diri anda?

Tiada sesiapa dapat meramalkan masa depan.
Bantu lindungi diri anda daripada penyakit berkaitan HPV tertentu hari ini.1,5

Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang.2-4

Tahap penyebaran HPV adalah lebih tinggi untuk lelaki daripada wanita dan tidak berkurangan walaupun usia meningkat.8,10 HPV boleh tersebar melalui sebarang sentuhan kulit yang intim dan biasanya tidak mempunyai simptom.5

Kebanyakan orang yang aktif secara seksual boleh dijangkiti HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Anda mungkin dijangkiti HPV meskipun hanya berhubungan dengan seorang pasangan dan walaupun anda tidak aktif secara seksual sekarang, pasangan anda kelak mungkin menyebarkan virus kepada anda tanpa sedar.5

Jadilah pembela kesihatan anda sendiri. Anda boleh membangkitkan topik HPV walaupun doktor anda tidak berkata apa-apa. Ada banyak perkara yang patut anda ketahui tentang kesihatan anda, jadi jangan teragak-agak untuk memulakan sebarang perbualan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.

Jika anda seorang lelaki, berada dalam perhubungan komited tidak melindungi anda daripada mendapat kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu.1,10  

Jangkitan HPV biasanya tidak mempunyai simptom, jadi anda boleh menghidapi virus itu dan menjangkiti seseorang tanpa sedar.5 Penyakit atau kanser mungkin mengambil masa berminggu, bertahun, malah berdekad untuk berkembang dengan simptom yang boleh dikesan.11

Hubungan dan kesihatan anda berkait rapat. Bantu lindungi diri anda dan pasangan anda daripada kanser berkaitan HPV tertentu—bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda hari ini.1,5

HPV DAN IBU BAPA REMAJA

Kenapa perlindungan daripada penyakit berkaitan HPV tertentu penting untuk anak saya?

HPV merupakan virus umum yang boleh menjangkiti sesiapa yang menjadi aktif secara seksual, sering kali tanpa mempunyai simptom.1 Bagi kebanyakan orang, HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, virus yang tersisa boleh menyebabkan kanser dan penyakit tertentu bagi sesetengah orang pada usia yang lanjut–termasuk kanser serviks dalam kalangan wanita serta kanser dubur dan ketuat kelamin dalam kalangan lelaki dan wanita.2-4

Kenapa anak saya perlu dilindungi pada usia muda?

Walaupun masih muda, anak lelaki atau perempuan anda mungkin berisiko untuk mendapat kanser dan penyakit tertentu yang berpunca daripada HPV pada masa depan.

Lindungi anak anda daripada kanser dan penyakit berkaitan HPV tertentu pada usia muda, sebelum pendedahan kepada virus itu. Anda boleh mengambil langkah ini hari ini untuk memperkasakan anak anda.1

Vaksinasi pada usia lebih muda juga dikaitkan dengan respons imun yang lebih tinggi.6

Apa itu keselamatan vaksin?

Keselamatan vaksinasi HPV disemak secara berkala oleh Jawatankuasa Penasihat Global untuk Keselamatan Vaksin (GACVS).1

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) turut menjalankan penilaian bebas dan merumuskan bahawa vaksin ini mempunyai profil keselamatan yang agak baik.1

Sejak tahun 2006, lebih 100 juta orang telah menerima lebih 270 juta dos vaksin HPV di seluruh dunia.1,7

*Data setakat tahun 2024

Pada hari ini, anda boleh memilih untuk bantu melindungi anak anda.1

Bincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anak anda tentang:

  • HPV dan risiko penyakit tertentu pada usia yang lanjut1
  • Cara bantu mengurangkan risiko mereka, termasuk vaksinasi HPV1

Kesihatan anak anda adalah paling utama. Bantu mereka memulakan hidup tanpa sebarang rintangan.

Kini, anda boleh memilih untuk bantu melindungi mereka daripada kanser tertentu yang berpunca daripada HPV pada usia yang lanjut. Bincangkan dengan penyedia penjagaan kesihatan anda hari ini.1,5

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Lihat langkah yang boleh diambil untuk membantu anda dan orang tersayang.

Adakah Saya Berisiko?

  1. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  2. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  3. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. Sexually transmitted infections treatment guidelines, 2021 – human papillomavirus (HPV) infection. https://www.cdc.gov/std/treatment-guidelines/hpv.htm. Last reviewed July 22, 2021. Accessed June 6, 2024.
  5. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.

HPV dan Wanita

  1. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  2. Chesson HW, Dunne EF, Hariri S, Markowitz LE. The estimated lifetime probability of acquiring human papillomavirus in the United States. Sex Transm Dis. 2014 Nov;41(11):660-664.
  3. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  4. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  5. Centers for Disease Control and Prevention. Cancers caused by HPV. https://www.cdc.gov/hpv/about/cancers-caused-by-hpv.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html. Updated July 3, 2024. Accessed June 26, 2024.
  6. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
  7. Bruni L, Albero G, Serrano B, et al. ICO/IARC Information Centre on HPV and Cancer (HPV Information Centre). Human Papillomavirus and Related Diseases Report Malaysia. Summary Report 10 March 2023. https://hpvcentre.net/statistics/reports/MYS.pdf Accessed 16 October 2023.
  8. de Martel C, Georges D, Bray F, Ferlay J, Clifford GM. Global burden of cancer attributable to infections in 2018: a worldwide incidence analysis. The Lancet Global Health. 2020;8(2):e180-e190.
  9. Centers for Disease Control and Prevention. Cancers caused by HPV. https://www.cdc.gov/hpv/about/cancers-caused-by-hpv.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html. Updated July 3, 2024. Accessed June 26, 2024.

HPV dan Lelaki

  1. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  2. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  3. Centers for Disease Control and Prevention. Sexually transmitted infections treatment guidelines, 2021 – human papillomavirus (HPV) infection. https://www.cdc.gov/std/treatment-guidelines/hpv.htm. Last reviewed July 22, 2021. Accessed June 6, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
  5. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  6. National Health Services. Human papillomavirus (HPV). https://www.nhs.uk/conditions/human-papilloma-virus-hpv/. Accessed 15 August 2023.
  7. HealthDirect. Human papillomavirus and HPV vaccine. https://www.healthdirect.gov.au/human-papillomavirus-hpv-vaccine. Accessed 15 August 2023.
  8. Lewis RM et al., Prevalence of Genital Human Papillomavirus Among Sexually Experienced Males and Females Aged 14-59 Years, United States, 2013-2014. J Infect Dis. 2018;217:869–877.
  9. Giuliano AR et al., The human papillomavirus infection in men study: human papillomavirus prevalence and type distribution among men residing in Brazil, Mexico and the United States. Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2008;17(8):2036–2043.
  10. Chesson HW, Dunne EF, Hariri S, Markowitz LE. The estimated lifetime probability of acquiring human papillomavirus in the United States. Sex Transm Dis. 2014 Nov;41(11):660-664.
  11. Centers for Disease Control and Prevention. Cancers caused by HPV. https://www.cdc.gov/hpv/about/cancers-caused-by-hpv.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html. Updated July 3, 2024. Accessed June 26, 2024.

Ibu Bapa Remaja

  1. World Health Organization. Questions and answers about human papillomavirus (HPV). https://iris.who.int/bitstream/handle/10665/376263/WHO-EURO-2024-5631-49185-73415-eng.pdf?sequence=1. Published 2024. Accessed March 21, 2024.
  2. Meites E, et al., Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases (Pink Book). 14th edition. Chapter 11: Human Papillomavirus. Centers for Disease Control and Prevention. https://www.cdc.gov/pinkbook/hcp/table-of-contents/chapter-11-human-papillomavirus.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/hpv.html Updated August 2021. Accessed June 10, 2024.
  3. Centers for Disease Control and Prevention. Cancers caused by HPV. https://www.cdc.gov/hpv/about/cancers-caused-by-hpv.html?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/hpv/parents/cancer.html. Updated July 3, 2024. Accessed June 26, 2024.
  4. Centers for Disease Control and Prevention. HPV and oropharyngeal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/hpv/oropharyngeal-cancer.html?CDC_AAref_Val. Last reviewed November 14, 2023. Accessed May 16, 2024.
  5. World Health Organization (WHO). Human papillomavirus vaccines: WHO position paper (2022 update). Wkly Epidemiol Rec. 2022;97(50):645-672
  6. Bednarczyk RA. Addressing HPV vaccine myths: Practical information for healthcare providers. Hum Vaccin Immunother. 2019;15(7-8): 1628–1638.
  7. World Health Organization. Safety of HPV vaccines. https://www.who.int/groups/global-advisory-committee-on-vaccine-safety/topics/human-papillomavirus-vaccines/safety. Published 2017. Accessed February 2024.

Hak Cipta © 2025 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Hak cipta terpelihara. MY-HPV-00092 Mar/2025